‘AURA’ ATAU ‘NUR’ DAN BIOLETRIK
Ada orang yang cantik, tetapi
tidak menarik. Sebaliknya ada orang yang tidak cantik, tetapi menarik sekali.
Ada orang yang dimana mana kehadirannya ditunggu-tunggu. Tapi ada juga orang,
dimana kehadirannya membuat orang sekitarnya gelisah atau tidak nyaman. Mengapa
boleh terjadi demikian?
Kita selalu juga mendengar orang
berkata, orang-orang hebat memiliki ‘aura’ yang hebat. Orang yang memiliki aura
yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka
ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang
berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang
dan hebat.
Apakah sebenarnya yang dimaksud dengan aura?
Setiap makluk hidup akan
memancarkan gelombang elektromagnetic dari tubuhnya. Himpunan energi yang
membungkus tubuh makhluk hidup ini adalah yang dinamakan "aura". Jadi
tidak hanya manusia yang memiliki aura, tetapi semua makluk hidup, termasuk
hewan dan tumbuh tumbuhan.
Aura dan getaran adalah dikaitkan
dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di
sekitar tubuh manusia yang melambangkan kondisi energi, kesehatan serta
karakter seseorang. Ia juga dikaitkan dengan perlanggaran atom, elektron dan
elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini
boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak
aura dan getaran positif.
Lingkaran tenaga ini berpusing
tanpa henti dan tidak putus-putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan
elektromagnetik badan manusia atau di panggil aura. Apa kegunaan lingkaran
tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak
berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran
ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga
minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga
meningkat.
Aura terdiri dari berbagai warna,
setiap warna memiliki arti sendiri sendiri. Dalam kata lain, pancaran aura dari
seseorang, mengekspresikan karakter atau keadaan seseorang. Secara umum, dapat
dikatakan bahwa orang yang selalu berpikiran bersih/positif, maka auranya akan
terlihat cerah dan menarik.
Dalam islam aura itu di kenali
sebagai ‘Nur’ iaitu bukan cahaya fizikal tetapi adalah cahaya mental atau kesan
refleksi tenaga yang boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang.
Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya
kepada fizikal seseorang.
Di dalam Islam, kekuatan Nur
seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang
mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan,
kebenaran dan semangat. Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih
dan menyegarkan mata orang lain yang memandang.
Pancaran aura wajah yang
bereri-seri dan bersinar-sinar dapat menjadi daya tarikan tersendiri bagi
seseorang, lantas bagaimana membuka aura wajah tersebut agar kelihatan selalu
berseri dan memancar keceriaan?
Cara membuka aura tubuh dapat
dilakukan dengan terapi BIOLETRIK yang dimulai dari muka atau wajah kita
sehingga aura wajah kita akan terpancar dan memberi karisma tersendiri bagi
pemiliknya.
Apabila anda ingin mempunyai Aura
tubuh dan Wajah yang bersinar sehingga banyak orang yang memandang anda, saya
sarankan cobalah amalkan Amalan doa berikut agar Mempunyai Aura Tubuh yang
Bersinar.
Bismillahirahmanirahim
‘Robbana at-mimlana nurrona waghfirlana innaka ala kulli syai’in
qadir’.
Artinya : " Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami
dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Qs.At-Tahrim :8)."
BAGAIMANA CARA MELIHAT AURA?
Anda boleh belajar untuk melihat
aura dgn menatap gambar berikut dalam 10 saat dengan fokuskan mata kearah titik
hitam yang ditengah gambar. Setelah 10 saat alihkan pandangan ke dinding atau
syiling yang berdekatan. Seharusnya anda akan melihat aura keselurohan object
tersebut dalam samar-samar cahaya puteh.
Tahniah!!, Setelah anda Berjaya
melihat aura diatas maka anda juga boleh melihat sendiri aura mengikut
tahap-tahap yang berikut:
1. Melihat Aura Dengan Jari
Tangan
Carilah dinding yang berwarna
putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari dinding. Tarik
nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin baru di hembuskan nafas keluar
dan lakukan ini berulang-ulang sebanyak 5 kali.
Gosoklah kedua telapak tangan
anda hingga terasa hangat. Letakkan kedua-dua jari tangan kanan dan kiri saling
berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm didepan
mata dengan latar belakang tembok berwarna putih tadi. Renggangkanlah
perlahan-lahan kedua telapak tangan. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari
tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung
jari kita.
2. Melihat
Aura Dengan Telapak Tangan
Tariklah nafas dan gosokkanlah
kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Letakkan salah satu tapak tangan
anda pada dinding yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah.
Lepaskan telapak tangan dari tembok. Perhati dan focus pada bekas tapak tangan yang tertinggal didinding puteh.
Itulah aura yang memancar dari tapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam
aura alam.
3. Melihat Aura Diri Sendiri
Duduklah dengan tenang di hadapan
cermin besar dengan berlatar belakangkan dinding yang berwarna putih dengan
cahaya dari berupa lampu neon. Tarik nafas sebanyak mungkin dan tahan selama
mungkin baru di hembuskan nafas keluar dan lakukan ini berulang-ulang sebanyak
5 kali. Perhati dan fokus bayangan diri kita yang ada dicermin. Pandangan mata
diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas
tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita
terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura
kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Tataplah terus
sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah
untuk melihat aura orang lain.
4. Melihat
Aura Orang Lain
Mintalah bantuan seseorang yang
akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih.
Usahakanlah cahaya didalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah
lebih kurang 3 meter didepan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi
kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala
objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh
tubuh objek akan memancarkan warna aura.