Thursday, 6 August 2015



AURA’ ATAU ‘NUR’ DAN BIOLETRIK



Ada orang yang cantik, tetapi tidak menarik. Sebaliknya ada orang yang tidak cantik, tetapi menarik sekali. Ada orang yang dimana mana kehadirannya ditunggu-tunggu. Tapi ada juga orang, dimana kehadirannya membuat orang sekitarnya gelisah atau tidak nyaman. Mengapa boleh terjadi demikian?

Kita selalu juga mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki ‘aura’ yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat. 

Apakah sebenarnya yang dimaksud dengan aura?


Setiap makluk hidup akan memancarkan gelombang elektromagnetic dari tubuhnya. Himpunan energi yang membungkus tubuh makhluk hidup ini adalah yang dinamakan "aura". Jadi tidak hanya manusia yang memiliki aura, tetapi semua makluk hidup, termasuk hewan dan tumbuh tumbuhan.

Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia yang melambangkan kondisi energi, kesehatan serta karakter seseorang. Ia juga dikaitkan dengan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.

Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus-putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau di panggil aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat.

Aura terdiri dari berbagai warna, setiap warna memiliki arti sendiri sendiri. Dalam kata lain, pancaran aura dari seseorang, mengekspresikan karakter atau keadaan seseorang. Secara umum, dapat dikatakan bahwa orang yang selalu berpikiran bersih/positif, maka auranya akan terlihat cerah dan menarik.

Dalam islam aura itu di kenali sebagai ‘Nur’ iaitu bukan cahaya fizikal tetapi adalah cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam Islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada Iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat. Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang.

Pancaran aura wajah yang bereri-seri dan bersinar-sinar dapat menjadi daya tarikan tersendiri bagi seseorang, lantas bagaimana membuka aura wajah tersebut agar kelihatan selalu berseri dan memancar keceriaan?

Cara membuka aura tubuh dapat dilakukan dengan terapi BIOLETRIK yang dimulai dari muka atau wajah kita sehingga aura wajah kita akan terpancar dan memberi karisma tersendiri bagi pemiliknya.

Apabila anda ingin mempunyai Aura tubuh dan Wajah yang bersinar sehingga banyak orang yang memandang anda, saya sarankan cobalah amalkan Amalan doa berikut agar Mempunyai Aura Tubuh yang Bersinar.

Bismillahirahmanirahim
‘Robbana at-mimlana nurrona waghfirlana innaka ala kulli syai’in qadir’.

Artinya : " Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Qs.At-Tahrim :8)."


BAGAIMANA CARA MELIHAT AURA?


Anda boleh belajar untuk melihat aura dgn menatap gambar berikut dalam 10 saat dengan fokuskan mata kearah titik hitam yang ditengah gambar. Setelah 10 saat alihkan pandangan ke dinding atau syiling yang berdekatan. Seharusnya anda akan melihat aura keselurohan object tersebut dalam samar-samar cahaya puteh.




Tahniah!!, Setelah anda Berjaya melihat aura diatas maka anda juga boleh melihat sendiri aura mengikut tahap-tahap yang berikut:


1.  Melihat Aura Dengan Jari Tangan

Carilah dinding yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari dinding. Tarik nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin baru di hembuskan nafas keluar dan lakukan ini berulang-ulang sebanyak 5 kali.
Gosoklah kedua telapak tangan anda hingga terasa hangat. Letakkan kedua-dua jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm didepan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih tadi. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.

2.  Melihat Aura Dengan Telapak Tangan

Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Letakkan salah satu tapak tangan anda pada dinding yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Perhati dan focus pada bekas tapak  tangan yang tertinggal didinding puteh. Itulah aura yang memancar dari tapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.

3. Melihat Aura Diri Sendiri

Duduklah dengan tenang di hadapan cermin besar dengan berlatar belakangkan dinding yang berwarna putih dengan cahaya dari berupa lampu neon. Tarik nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin baru di hembuskan nafas keluar dan lakukan ini berulang-ulang sebanyak 5 kali. Perhati dan fokus bayangan diri kita yang ada dicermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.


4.  Melihat Aura Orang Lain

Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah cahaya didalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter didepan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.


No comments:

Post a Comment