‘ORANG LETRIK’
Rawatan Bioletrik adalah satu phenomena baru di Malaysia,
terutama nya dengan gelaran ‘orang Letrik’. Pasti banyak yang tertanya-tanya,
apakah benar ada ‘orang letrik’ atau banyak yang cuma tersenyum sinis meraguai
akan kebenarannya. Ramai juga yang meraguai apakah rawatan orang letrik ini
selamat atau tidak atau benarkan energy yang akan disalurkan dari orang letrik
ini mampu menjadi energy untuk penyembohan berbagai penyakit?
Rawatan menggunakan berbagai peralatan letrik, seperti
kerusi, tilam berletrik ataupun TIENS adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia,
malah banyak yang merasakan kebaikan dan faedahnya. Banyak Pusat –pusat
kesihatan yang menawarkan rawatan percuma untuk mencuba peralatan tersebut dan
akhir nya bila merasakan bagus mereka di galakkan membeli dan guna dirumah
sendiri untuk kemudahan.
Tapi rawatan Bioletrik yang langsung menggunakan orang letrik
ini memang terlalu asing, aneh atau ajaib!. Orang letrik ini memang wajar
dengan nama nya kerana dia betul-betul mampu di alirkan dengan karan letrik ke
badan nya tanpa mendatangkan kesan ‘electrocuted’ ataupun kesan kesan bahaya
yang lain.
Arus karan letrik akan mengalir di seluroh badan orang letrik
terlebih dahulu dan kemudiannya ia mampu
di salurkan melaluai tangan dan jari-jari nya kepada badan pesakit
secara terus. Arus karan letrik berada pada titik-titik keseimbangan ataupun
pada ‘frequency’ yang sama dengan badan orang letrik makanya ia tidak
mendatangkan kesan burok malah memberikan kesan ‘therapeutik’. Keadaan ini
sebenarnya bukan lah sesuatu yang mustahil dengan ilmu setelah aura nya di buka
atau di selaraskan oleh guru orang letrik yang mampu.
Menyentuh wayar letrik hidup memang sangat menakutkan atau
menyeramkan tetapi dalam rawatan Bioletrik Cuma orang letrik sahaja yang akan
menyentuk wayar letrik hidup, setelah Karen letrik mengalir keseluroh badan nya
baru lah ia akan dipindahkan melaluai tangan nya kepada pesakit.
Jadi anda tidak perlu takut atau cemas, bawa bertenang dan
doa serta tawakal kepada Allah untuk penyembohan nya.
TENAGA DALAM
Pengertian “orang letrik” adalah perawat Bioletrik yang telah
di buka ‘tenaga dalam’ nya jadi beliau mampu mengalirkan karen letrik keseluroh
badan nya tanpa mencederakan atau memberikan kesan burok kepada beliau malah
Karen letrik tersebut akan sentiasa merawat badan beliau sendiri. Jadi tenaga
dalam ditimbulkan sebagai hasil dari pengaturan dan penyelarasan aliran letrik
dalam tubuh yang kemudiannya menghasilkan medan elektromagnetik yang
mengelilingi tubuh. Medan elektromagnetik YANG ujud tersebut mudah dibuktikan
berdasarkan hukum-hukum fizik.
Pada dasarnya semua orang mempunyai tenaga dalam, hanya saja
tenaga dalam pada manusia biasa yang belum diolah masih dalam arah yang
simpang-siur sehingga "tidak muncul ke luar". Tetapi bila kemudian
diolah (melalui olahan tenaga dalam) dan "dibuka" (oleh orang
bertenaga dalam yang telah mampu), dan selanjutnya proses demikian
diulang-tingkatkan (diulang dan ditingkatkan) lebih lanjut, maka keadaannya
adalah ibarat besi lembut yang secara bertingkat diolah menjadi keras dan pada
setiap akhir tahap pengolahan diperkuat sifat magnetnya. Demikianlah, maka
dengan melalui proses yang kira-kira serupa dapatlah dikembangkan tenaga dalam
pada seseorang dan jadilah ia kini memiliki tenaga dalam yang "telah
terwujud".
Pengertikan "dibuka" lebih tepat bila diartikan
dengan di selaraskan, oleh karena pengertian di"buka" memang sering
diasosiasikan kepada adanya "sesuatu" yang dimasukkan ke dalam diri
orang yang di"buka" oleh orang yang mem"buka", sedangkan
sesungguhnya tidak ada sesuatu apapun yang dimasukkan oleh yang
mem"buka" ke dalam diri orang yang di"buka".
Maka orang yang "telah memiliki" tenaga dalam dapat
menjadi peka terhadap adanya getaran-getaran yang bersifat tenaga dalam, baik
yang berasal dari manusia ataupun sumber-sumber lainnya yang bersifat nyata
maupun yang bersifat ghaib.
No comments:
Post a Comment